Sulit
6 tahun
Sesak nafas,hidung tersumbat,perut kembung
sy izany umur 41 tahun…saya sakit sesak nafas,perut kembung,hidung tersumbat sejak dri tahun 2017 lg…sering sakit mcmni 24jam setiap masa…perut selalu kembung…hidung selalu tersumbat,kadang2 pedih dada,dh buat rawatan ecg,ent,endoskop tp doktor cakap normal…sy juga ada kolestrol tggi dan asid urik tggi…dh bermcm rawatan sy buat tpi tetap sama juga…selalu sesak nafas,hidung selalu tersumbat…bila dtg teruk bdn sy jd lemah lesu x bermaya…rasa berdebar,gelisah bila setiap kali sakit dtg…tiap2 hari sy rasa mcmni…dh berputus asa sgt2…dh bermcm ubat sy mkn…tpi tetap sakit yg sama…tolong bantu sy doktor…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung anda sering tersumbat boleh disebabkan faktor alahan pada seperti:
- Debu
- Jangkitan selesema
- Ketumbuhan poilp dalam hidung
- Resdung.
Bagi masalah perut kembung ia boleh menjurus kepada gastrik atau GERD. Pemakanan yang mengandungi kekacang dan susu juga boleh menyebabkan perut kembung.
Untuk merawat masalah yang anda alami, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































