
Sulit
5 tahun
Sesak nafas kadangnya sakit dada seperti mencucuk didada kiri dan kanan kadangnya rasa mencucuk di bahagian belakang badan. bila urut rasa nak muntah
saya perempuan berumur 20 tahun, kerap sesak nafas sejak sebulan akhir ini. dulu masa belajar dan intern pernah juga sesak nafas tengah buat kerja tapi tak selalu. sekarang time pkp ni selalu duduk rumah kerap sesak nafas, tak buat apa apa pun sesak dadanya ni. saya tiada sebarang batuk atau selsema. kalau malam rasanya macam lagi teruk. bagaimana masalah saya ni ya doktor ?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.