
Sulit
4 tahun
Sesak nafas ketika tidur seoalh2 Ada air d dlm dungmmm
Sy sorang ibu kpada 4 org ank umur sy 31…sy mngalami sesak nafas ketika tdur sy terasa seolah2 Ada air d dlm hdung sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas ketika tidur.
Untuk makluman anda, kesukaran bernafas secara umumnya boleh disebabkan oleh banyak perkara termasuklah:
- Alahan
- Penyakit refluks: GERD
- Obstructive sleep apnea : gangguan pernafasan ketika tidur
- Anemia
- Asma
- Penyakit jantung koronari
Bagi mengetahui kondisi sebenar anda, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sekiranya gejala ini berulang dan diiringi gejala gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor dalam kadar segera:
- Sakit dada
- Pitam
- Demam dan batuk
- Sesak nafas setiap hari
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.