
Sulit
4 tahun
Sesak nafas , nafas pendek, dada kiri kadangkala sakit
Hai doktor. Sya permpuan bru nak msuk 20 thn. Sya kebelakangan ini selalu stress dan otak rasa penuh. Dan sya mudah sesak nafas… even dalam keadaan berbaring. Saya juga sukar kawal nafas bila mrah. Then syaa akan tercungap-cungap . Apa bila sya baring. Saya berasa nafas pendek dan buat saya sesak nafas. Kdgkala dada kiri saya sakit . Doktor boleh bntu tak?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.