
Sulit
5 tahun
Sesak nafas/nafas pendek
Saya wanita berumur 27 tahun . Seminggu dua ni tidak dapat bernafas dengan sempurna . Apabila saya tarik nafas , saya dapat rasakan udara tidak smpai ke jantung . Itu menyebabkan saya panik .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, udara yang anda bernafas ini tidak akan sampai jantung kerana ianya akan diproses dalam paru-paru anda. Oleh itu, anda tidak perlu berasa panik kerana serangan panik akan menyebabkan kesesakan nafas.
Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.