Anonymous

3 tahun

Sesak nafas, pening dan pitam, kekejangan

Assalam dan selamat sejahtera.

Saya berusia 23 tahun dengan ketinggian 149 cm dan berat 36.8 kg (latest as at 17th May 2019).

Kebelakangan ni saya kerap rasa sesak di dada dan sukar bernafas. Paling terbaru adalah semalam ketika beratur dalam barisan yang panjang. Namun, saya mampu mengawal semula pernafasan dengan cara saya ambil ‘deep breath’ kerana tidak mahu pengsan di tempat kejadian. Untuk pengetahuan doktor, saya pernah pitam sekali apabila terjadi keadaan mcm ni. Boleh saya tahu kenapa saya kerap sesak nafas mcm tu?

Keduanya, 2-3 minggu kebelakangan ni, setiap hari saya rasa pening selepas bangun dari duduk/baring. Pening tu rasa mcm sakit tapi saya tak pasti sakitnya di mana. Ada beberapa kejadian, saya jadi seperti kekejangan satu badan. Terbaru, 2 hari lepas, saya bangun dari baring untuk tutup suis. Saya rasa pening tapi saya masih teruskan untuk tutup suis. Lasty, saya end up jatuh di tepi almari dan ketika itu saya tak mampu nak kontrol seluruh badan saya. Saya hanya mendengar bunyi almari besi tu seperti bergegar (kemungkinan saya shaking masa jatuh tu, tak pasti). Adakah ini normal?

Mohon nasihat dari doktor. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sesak nafas berlaku apabila saluran pernafasan menyempit akibat bengkak, mengecut atau tersumbat. Ia juga terjadi sebagai respons kekurangan oksigen.
Terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:

  • Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
  • Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
  • Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
  • Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.

Bagi masalah pening dan pitam kemungkinan anda mempunyai masalah tekanan darah yang rendah. Apabila tekanan darah yang rendah, sel sel darah yang membawa oksigen ke otak berkurangan, lalu menyebabkan anda terasa mahu pitam.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)