
Sulit
3 tahun
Sesak nafas, perut kembung
Saya lelaki berumur 23 tahun sedang mengalami sesak nafas rasa seperti tidak cukup untuk bernafas dan rasa ada sesuatu di leher. Perut kembung sentiasa kembung walaupun membuang angin. Saya telah pergi ke hospital untuk memeriksa, dan mereka kata tiada apa-apa masalah di bahagian dada. Pihak hospital memberi ubat demam 3x sehari, batuk 3x sehari, selesa 3x, ubat melegakan kahak 3x sehari dan mixture magnesium trisilicate×2 sudu setiap kali 3x sehari. Saya sangat risau kerana saya merupakan pelajar di mana mungkin akan mengganggu pembelajaran saya. Adakah ia GERD? Mohon terangkan doktor. Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kegelisahan anda yang mengalami masalah sesak nafas dan perut kembung. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh perkara-perkara yang berikut :
- GERD
- Gastritis
- Intoleransi makanan
- Masalah usus seperti celiac disease
Kami tidak dapat menyimpulkan secara tepat mengenai punca masalah anda tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor mengenai masalah anda untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.