
Sulit
4 tahun
Sesak nafas, sakit dada, kebas
Saya rasa sakit dada yang teramat sangat sehingga sesak nafas secara tiba - tiba dan tidak kira waktu (Kadang bangun pagi, waktu bermain henfon, buat kerja). Bila berlaku kejadian ni, kadang saya rasa kebas dan pening kepala.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan
- Serangan asma
- Masalah psikologi seperti keresahan (anxiety)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.