
Sulit
5 tahun
Sesak nafas sepanjang masa tapi oxygen level normall
Assalam dr. Saya ingin bertanya dan mengharapkan respom segera dari dr. Begini kira2 dua minggu lalu saya pergi ED di hospital Sultanah Bahiyah kerana sesak nafas. Tapi setelah scan paru2 dan perut, ujian darah mengatakan semuanya clear. Tiada masalah. Dan mungkin saya terkena virus di tekak dan jugak possibilities ada tiroid. Tp setelah dua minggu. Sesak nafas tu ttap ada dan hidung saya tersumbat dan keluar hingus tetapi hanya sebelah iaitu di belah kanan. Ianya jugak berbau busuk. Apa pandangan dr . Sbb bila saya utarakan masalah ini di kk berhampiran , dr beranggapan saya menghidap anxiety sdangkan saya rasa okay saja. Cuma sesak nafas dn hidung tersumbat ni sahaja yg tgh menganggu saya. Tlong dr

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anggapan doktor di KK mungkin adalah betul kerana penyakit tiroid ini akan menyebabkan gejala anxiety. Pesakit akan selalu berasa sesak nafas dan jantung berdebar.
Gejala hidung sumbat dan hingus ini juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman jika hingus ini berwarna hijau kuning dan berbau busuk. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.