
Anonymous
5 tahun
Sesak Nafas setelah minum Coffee ataupun Tea
saya wanita dalam 20’an dan saya sering berasa sesak nafas dan body shaking setelah saya minum coffee ataupun tea dan terkadang saya akan rasa seperti hendak pitam? boleh saya tahu symptom apa yang sedang saya alami ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami selepas minum kopi atau teh adalah disebabkan:
- Kesan kafein
- Alahan pada bahan kopi/teh seperti kafein/oxalate
- Kurang gula dalam darah - hasil ketidak-stabilan hormon insulin dan adrenalin
Bagi mengelakkan masalah ini, anda boleh mencuba kopi “de-caf” (tanpa kafein) dan lihat jika kesan sama masih berulang namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.