
Sulit
3 tahun
Sesak nafas/sukar bernafas/rasa seperti dicekik
Saya berumur 19 tahun kini.
Setiap kali ingin tidur/resah/melakukan rutin harian seperti biasa saya akan sesak nafas namun paling kerap apabila saya ingin tidur .
Kenapa sebegitu? Ada kah itu panik attack? Atau masalah kesihatan seperti tubuh/mental? Meskipun saya tidak sakit tetap sahaja perkara itu terjadi .
Mohon bantuan dan solusinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pemahaman saya, anda sedang mengalami masalah sesak nafas dan keresahan setiap kali sebelum tidur dan terkadang semasa melakukan aktiviti harian. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda jelaskan adalah simptom umum bagi masalah panik atau panic attack. Antara simptom lainnya adalah:
- Degupan jantung yang laju
- Perasaan takut yang melampau
- Sakit dada
- Menggigil atau menggeletar
- Berpeluh berlebihan
Antara aktiviti yang anda boleh pratikkan untuk mengurangkan masalah keresahan atau pani adalah:
- Bersukan secara sihat
- Mengambil nafas yang dalam dan tenangkan fikiran
- Pengakuan serta berfikiran positif
- Mengurangkan pengambilan kafein
- Meditasi atau mengamalkan aktiviti Mindfulness
Namun begitu, sebarang diagnosis sebenar memerlukan pemerhatian doktor dalam seting klinikal. Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.