Sulit
3 tahun
Sesak nafas/ sukar bernafas
Saya wanita berumur 46 tahun. Saya berasa sesak nafas secara tiba-tiba dan rasa berdebar apabila susah untuk bernafas. Saya juga rasa lemas apabila sejuk dan bau wangian. Ada lendir di tekak. Hidung saya tersumbat. Boleh doktor kenalpasti simptom ni sakit apa?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- kegagalan jantung
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.