
Sulit
5 tahun
Sesak nafas,sukar untuk bernafas
nama sy syaari…umur 25…sy selalu mngalami gejala sesak nafas or sukar bernafas dan sakit di bhagian dada kiri…gejala ni muncul selepas sy makan buah cempedak,nangka,pisang nangka…Selain itu…sy juga akan rasa sukar bernafas apabila tiba musim sejuk…adakah ini tanda2 awal sy mnghidapi sakit jantung?mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Merujuk keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keluhan anda, dapat diperhatikan bahawa setiap kali sesak timbul, terdapat trigger atau pemicu sebelum timbul sesak nafas dan sakit dada tersebut. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kondisi diatas. Antaranya:
- Asma
- Alergik
- Aspirasi paru-paru
Sekiranya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya dan berulang, dikhuatiri sekiranya anda tidak mengenalpasti punca sebenar sesak nafas dan terdedah secara berterusan kepada trigger tersebut ini akan membahayakan kesihatan anda. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.