
Sulit
4 tahun
Setiap hari rasa kepala panas dari badan. Setiap hari sakit kepala
Hai doc, saya nak tanya. Normal ke kalau setiap hari saya rasa kepala saya lagi panas dari badan saya? Dan saya setiap hari sakit kepala. Kalau saya stress, saya selalu akan migrain. Dan saya juga ada masalah insomnia. Susah utk tidor dan selalu tido tak cukup waktu. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Boleh beli ubat dekat farmasi atau kena buat fully medical checkup? Saya risau dgn keadaan diri saya sekarang. Harap doctor boleh bantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang dialami oleh anda adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera. Namun begitu, kami kurang jelas dengan kepala panas yang dimaksudkan oleh anda. Maklumat lanjut dan pemeriksaan oleh doktor perlu dilakukan.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit kepala, seperti:
- Migrain
- Stres atau tekanan perasaan
- Kekurangan rehat
*Jangkitan otak - Tekanan darah tinggi
- Radang sinus (sinusitis)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang ubat memandangkan keadaan anda memerlukan pemeriksaan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang disebutkan:
- Demam
- Muntah-muntah
- Loya
- Pitam atau hampir pitam
- Pandangan kabur atau ganggan penglihatan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.