Sulit
4 tahun
Setiap kali saya minum air, perut akan rasa sakit. Rasa sakit seperti luka. Bahagian perut antara dada dan pusat. Harap Dr dpt mmbntu
Setiap kali saya minum air, perut akan rasa sakit. Rasa sakit seperti luka. Bahagian perut antara dada dan pusat. Ianya berlaku selepas saya mengalami cirit-birit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut.
Berdasarkan keterangan yang anda berikab, saya kurang pasti apa yang anda alami. Saya perlu bertanyakan persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal di klinik bagi mengetahui kondisi sebenar anda.
Oleh itu saya sangat menyarankan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan sekiranya sakit ini berterusan dan menganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.






























