
Sulit
3 tahun
Severe depression with past trauma
Hi doc, saya perempuan berumur 23 tahun. Saya ada severe depression dari sekolah menengah lagi disebabkan past trauma. Saya dah rasa biasa dipukul dan lali dari 6 tahun so dari situ hampir setiap hari mak tiri saya pukul tapi sampai sekarang perasaan takut tak boleh hilang. Kadang2 perasaan tu datang tiba2. Ada masa saya rasa kosong kadang2 rasa down sangat tak boleh fikir apa2 macam tiba2 menangis dan sakit dada sebab tiba2 teringat past trauma. Ada masa saya rasa tiba2 baran. Saya tak pasti kalau ada anxiety jugak. Saya jadi selalu takut nak buat salah. Kalau ada buat salah saya akan jadi overthinking sampai tak boleh focus nak buat apa2. Even sekarang ni pon saya mudah overthinking so agak ganggu emosi kalau saya sedang bekerja. Saya selalu susah jugak nak tidur, kalau terjaga dari tidur saya susah nak tidur balik. Selalu cepat rasa letih kadang2 mudah migraine and then cepat nausea rasa nak muntah. Apa yang saya patut buat untuk hilangkan perasaan tu doc?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami Post Traumatic Syndrome Disorder. Gangguan stres selepas trauma (post traumatic stess disorder, PTSD) merujuk kepada keadaan mental dimana anda mengalami keadaan panik yang dirangsang oleh pengalaman di masa yang lalu.
Simptom-simptom yang kerap bagi PTSD ialah:
- Anda tidak boleh berhenti berfikir tentang peristiwa spesifik yang menyebabkan PTSD. Semasa anda mengalami PTSD, anda boleh menghilangkan rasa trauma tersebut berulang kali melalui flashback, halusinasi dan mimpi ngeri.
- Anda mengelakkan diri dari kehidupan sosial. Anda berasa takut akan mengalami serangan panik. Jadi anda berharap untuk tidak menemui orang lain atau mengelakkan dari manusia, tempat, fikiran atau situasi yang boleh mengingatkan anda kepada kejadian tersebut. Hasilnya ialah rasa terasing dari keluarga dan kawan-kawan dan juga hilang minat terhadap aktiviti yang anda pernah suka.
- Anda akan mengalami emosi yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Ini bermakna anda mungkin lebih mudah marah atau lebih depresi atau melalui perubahan mood lebih kerap.
- Anda mungkin mengalami masalah dengan orang lain termasuk merasakan atau menunjukkan kasih sayang, atau berasa resah dan mudah terkejut.
- Anda mungkin mengalami masalah untuk tidur dan fokus.
- Dari sudut fizikal, anda mungkin mengalami simptom-simptom seperti tekanan darah dan degupan jantung tinggi, pernafasan laju, ketegangan otot, mual dan muntah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri