
Sulit
3 tahun
Short breath dan rasa dizzy
Saya rasa dizzy dan short breath. Saya CML with Netrophenic Sepsis. On nilotinib 600mg. 2 pagi, 1 malam. Just started 2 minggu sudah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Ianya berkemungkinan disebabkan oleh penyakit tersebut sendiri atau kesan sampingan dari ubat.
Memandangkan anda menghidapi CML dan pernah menhidapi neutropenic sepsis, saya amat sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor di hospital bagi pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.