
Sulit
4 tahun
Short term memory dan kemurungan
Saya wanita berusia 20an. Saya seringkali terlupa apa yang saya nak buat, apa yang saya nak cakap . Tiap kali saya jadi keliru dengan apa yang saya buat. Saya selalu eksiden dan pernah dirujuk psikiatri

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pelupa boleh disebabkan perkara berikut:
- Masalah kesihatan seperti barah otak, stroke atau parkinson
- Masalah seperti kemurungan, keresahan
- Pengambilan alkohol
- Masalah emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.