
Sulit
3 tahun
Side effect vaksin gangguan haid?
Doktor setelah saya mengambil 2nd vaksin saya dapati saya tidak lagi didatangi haid. Sebelum ini kitaran haid tepat setiap bulan 28 hari. Kini telah 3 bulan tiada haid. Adakah ini side effect drpd vaksin.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah tidak datang haid selama 3 bulan dan anda ingin tahu jika ini disebabkan oleh vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian semasa tidak mencukupi untuk menunjukkan hubung kait antara penerimaan vaksin Covid-19 dengan masalah haid. Oleh itu, kemungkinan masalah anda berpunca daripada masalah kesihatan yang lain seperti :
- gangguan tekanan
- kehamilan
- penggunaan perancangan keluarga
- masalah tiroid
- PCOS
- fibroid atau polip rahim
- masalah berat badan sama ada berlebihan ataupun berkurangan
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca sebenar masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh dapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini