
Sulit
3 tahun
Sifilis atau allergy?
Hi dr saya wanita berumur 28… saya ingin bertanya bolehkah wanita belum berkahwin terkena sifilis? Saya tidak pernah membuat hubungan seks dengan sesiapa.Saya punya gejala seperti ada biji biji kecil halus di tepi bibir mulut dan tangan saya gatal gatal dan juga dipunggung. Saya fikirkan kulit saya allergy makanan sehingga saya melihat video berkenaan sifilis. Boleh dr terangkan apa yang saya sedang alami? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sifilis adalah salah satu penyakit kelamin, hanya akan dijangkit melalui hubungan seks, atau dalam bayi yang dijangkiti oleh ibunya. Gejala yang anda alami ini, biji-biji di tepi bibir mulut dan tangan serta bergatal boleh disebabkan oleh beberapa punca, contohnya:
- Jangkitan cacar air
- Jangkitan virus
- Allergic dermatitis (alahan kulit)
- Jangkitan kuman atau kulat
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.