
Anonymous
5 tahun
Siflis kencing terasa, sakit dan bernanah di dalam
Saya berumur 26 terkena siflis. Kencing terasa sakit dan. Kemungkinan bernanah di bahagian dalam panis. Apa yang patut saya, buat untuk sembuhkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sebelum memberikan cadangan rawatan untuk masalah anda, kami perlu mengetahui adakah anda benar-benar menghidap jangkitan sifilis. Gejala sifilis biasanya bermula dengan luka yang dipanggil chancre pada kemaluan dan jarang disertai dengan nanah melainkan jika turut dijangkiti penyakit kelamin yang lain.
Gejala kencing pedih dan penis bernanah boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan Gonorrhoea
- Jangkitan Chlamydia
- Jangkitan kencing yang teruk
- Radang saluran kencing akibat alahan kepada produk pencuci tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.