
Sulit
3 tahun
Siflis kepada testis
Saya seorang lelaki berumur 22tahun. Seminggu lebih saya menghidap siflis dan saya tidak langsung pergi ke hospital. Sbb atas research siflis boleh hilang dgn sendiri. Selepas kepada itu dia bertukar kepada testis bengkak belah kiri. Simptom siflis seperti kencing sakit sudah tidak ada. Cuma skrg testis bengkak belah kiri. Apakah rawatan yg paling sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kerana walaupun gejala sifilis akan hilang setelah seketika, ini tidak bermaksud kuman tersebut telah hilang daripada badan anda dan sekiranya tidak dirawat, anda boleh mengalami komplikasi sifilis.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Berikut merupakan beberapa komplikasi sifilis sekiranya tidak dirawat:
- Jangkitan otak
- Strok atau angin ahmar
- Dementia
- Masalah hati
- Masalah mata
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang rawatan tanpa anda berjumpa dengan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.