Sulit
4 tahun
Simptom batuk makin teruk
Hello doktor, 2 hari lepas ayah saya ada buat self test kit covid dan keputusannya positif. Semalam ayah saya sudah buat PCR test di klinik berdekatan rumah kami tetapi batuk ayah saya makin hari makin teruk sehingga keluar darah. Apa yang patut saya lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana megajukan soalan ini.
Memandangkan ayah anda positif Covid-19 dan mengalami gejala batuk yang teruk sehingga keluar darah, sebaiknya anda merujuk kepada petugas kesihatan supaya ayah anda dapat dibantu.
Sekiranya ayah anda mendapat gejala demam panas, atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk medapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































