
Sulit
5 tahun
Simptom covid-19 - kuarantin
Anak nsaya pelajar malaysia baru blt dari luar negara - skrg dlm kuarantin, nk tanya selepas abis kuarantin utk 14 hari & mmg takde simptom perlu ka d lanjut kan kuarantin for another 14 days

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, kuarantin adalah diperlukan kerana kita tidak tahu sama ada individu yang baru pulang dari luar negara sudah dijangkiti ataupun tidak dan tempoh 14 hari adalah tempoh inkubasi dimana jika individu tersebut dijangkiti, boleh jadi gejala akan dialami selepas daripada 14 hari individu tersebut dijangkiti. Buat masa sekarang, anda dinasihatkan agar kuarantinkan anak anda selama 14 hari dan mengikuti tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang diisytiharkan kerajaan.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini