
Sulit
5 tahun
Simptom Covid 19 yang saya alami dan apakah maksud sesak nafas macam mana nak tahu sesak nafas tu macam mana
saya wanita 22 tahun , malam tadi saya mengalami sesak nafas dan rasa tidak sedap badan. saya ingat kesukaran bernafas tu kembali okay pada keesokkan hari. tapi tetap sakit juga dan sakit di dada. saya rasa susah nak bercakap… jika bercakap banyak sikit tercungap cungap saya. tapi saya tiada demam,batuk atau selsema. cuma ada sedikit pening kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda sedang mengalami masalah kesukaran bernafas. Oleh keranan anda mengalami gejala ini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini