
Sulit
4 tahun
Simptom hamil ataupun sakit?
Saya umur 24 tahun dan baru 1 bulan berkahwin. Sekarang saya kerap ke tandas. Hampir setiap masa tapi kuantiti air kencing sedikit, mudah penat, pening dan kemaluan saya kering adakala pedih tetapi bila saya rehat pedih tersebut akan hilang. Adakah ini tanda awal saya hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit bila kencing boleh disebabkan beberapa perkara. Diagnosis perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Antara punca sakit bila kencing ialah:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Keradangan pada prostat ( Prostatis )
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.