
shafa.mohd
3 tahun
Simptom selepas ambik vaksin astrageneca
Saya berumur 36 tahun. Pada jumaat lepas (2/7) saya telah mengambil vaksin astrazeneca…namun sehari sebelum (1/7) saya telah demam. Namun selepas mendapat nasihat doktor saya boleh mengambil vaksin. Selepas lima hari saya dapati saya cepat penat dan jika melakukan aktiviti fizikal saya merasakn kurang tenaga dan berasa pening…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami merupakan antara kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan vaksin Covid-19. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat selama 2 minggu selepas divaksin. Kebanyakkan individu melaporkan kehilangan kesan sampingan selepas beberapa hari. Oleh itu, anda tidak perlu risau.
Anda boleh membina sistem imun badan dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrisi. Pemakanan buah-buahan dan sayuran amat digalakkan untuk membina sistem imuniti badan.
Selain lemah badan dan pening, berikut merupakan kesan sampingan yang boleh dilihat selepas pengambilan vaksin :
- Deman menggigil
- Sakit kepala
- Sakit tekak
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Sekiranya gejala anda bertambah teruk dan tidak dapat dikawal di rumah, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini