
Sulit
3 tahun
Simptom selepas suntikan vaksin AZ
Saya baru mengambil suntikan vaksin AZ pada 4 Jun lalu. Saya mengalami demam, pening kepala dll pada 2 hari pertama. Hari ini hari ke 4, saya masih mengalami pening kepala dan loya. Kebiasaanya berapa lama simptom ini akan berlaku selepas suntikan vaksin?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan diatas, anda ingin bertanyakan tentang tempoh kesan sampingan dari suntikan vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya kesemua jenis vaksin mempunyai beberapa risiko kesan sampingan yang dapat dialami setelah seseorang menerima vaksin tersebut, antaranya termasuk:
Kesan sampingan pada kawasan lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
Kesan sampingan yang sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
Setiap individu mempunyai tempoh penyesuaian diri terhadap vaksin yang berbeza. Namun kajian saat ini mendapati kesan sampingan lazimnya akan beransur menurun setelah 48jam dari waktu penerimaan vaksin.
Selain itu terdapat juga reaksi alahan yang perlu diatasi segara seperti:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Sekiranya terdapat gejala-gejala tersebut, anda perlu menghubungi talian 999 dengan kadar segera atau memaklumkan keadaan anda saat ini kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital kerajaan yang terdekat
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini