
Sulit
4 tahun
Simptom simptom Batu karang
Salam sejahtera. Adakah penyakit batu karang hanya dapat disahkan sekiranya seseorang itu kencing berdarah? Sekiranya seseorang itu hanya mengalami sakit pinggang, loya dan muntah, kencing tidak sakit dan berdarah , adakah kebarangkalian dia juga mengalami batu karang ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara simptom batu karang adalah:
- kesakitan pada bahagian tepi abdomen
- suhu badan meningkat
- berpeluh
- kesakitan yang teruk
- muntah
- kencing berdarah
- jangkitan pada saluran kencing
Melalui gejala yang anda nyatakan terdapat juga punca lain yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- jangkitan pada saluran kencing
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- keracunan makanan
- gastritis
- radang appendix
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.