Sulit
5 tahun
Simptom-simptom yang mungkin
Difahami bahawa simptom-simptom Covid-19 adalah:
-Sakit tekak
-Batuk
-Selsema
-Demam
-Sesak nafas
-Sakit badan
Adakah pesakit perlu menunjukkan kesemua simptom di atas, atau hanya dua hingga tiga simptom yang ditunjukkan juga mungkin boleh menjadi Covid-19?
5 tahun
Untuk pengetahuan anda, simptom yang dinyatakan diatas tidak semestinya dipenuhi semua untuk menentukan pesakit dijangkiti virus COVID-19. Namun, jika pesakit mengalami semua gejala di atas, ia menyebabkan kebarangkalian jangkitan virus ini lebih tinggi.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































