
Sulit
3 tahun
Simptom vaksin yang berlarutan
hai doc
ibu saya berumur 64 tahun…dh 10 hari suntik vaksin…slps hari kedua ibu mengalami sakit sendi yg teruk smpai xboleh berdiri…skrg ni hari ke 10 masih lagi ada sakit² sendi…hilang selera makan.
dah jumpa doc hospital…jumpa doc swasta…masih lagi sama.
saya risau…
t.kasih doc

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami bahawa ibu anda mengalami sakit sendi yang berlarutan selepas menerima suntikan vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya kesan sampingan vaksin COVID-19 berlaku dalam tempoh yang pendek dalam masa beberapa hari sahaja.
Namun jika gejala yang dialami berlarutan, anda perlu melaporkan kepada pihak PKD.
Terdapat juga kemungkinan jangkitan COVID-19 sebelum mendapat vaksin. Jangkitan COVID-19 juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot dan sendi. Walaupun vaksin adalah sangat efektif, vaksin tidak memberikan jaminan 100% perlindungan terhadap COVID-19.
Individu yang mengalami COVID-19 selepas menerima vaksin juga boleh berlaku jika tubuh badan tidak menghasilkan imuniti yang cukup sebelum dijangkiti.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini