
kzalaudin
5 tahun
Simpton badan lenguh dan perut tidak selesa dalam tempoh quarantine. Tempat untuk buat ujian saringan covid untuk dapat surat pelepasan/release masuk pejabat
Hai, saya baru balik dari Jepun 22 feb lepas dan sudah hampir habis quarantine. Sebelum masuk pejabat, saya diminta untuk buat checkup/ujian covid. Buat masa sekarang tiada demam,batuk, sakit tekak. Tapi kadang2 badan rasa lenguh dan perut rasa kurang selesa, dimana saya boleh buat ujian saringan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja pulang dari Jepun serta sudah menjalankan kuarantin. Di samping itu, anda juga tidak menghidapi apa-apa simptom yang yang merujuk kepada jangkitan coronavirus.
Soalan yang diajukan sekarang adalah dimana anda boleh membuat ‘check up’ bagi mendapatkan laporan kesihatan sebelum anda kembali ke pejabat. Bagi tujuan tersebut anda boleh pergi ke jabatan kecemasa mana-mana hospital kerajaan berdekatan dengan anda. Nyatakan sejarah lawatan anda ke Jepun serta anda sudah tamat tempoh kuarantin dan nyatakan tujuan anda. Dari situ, pegawai kesihatan akan meneruskan proses mengikut prosedur.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini