Sulit
5 tahun
Simpton covid 19 saya rasa
saya wanita berumur 18 tahun , saya kerap selsema cuma sebelum covid 19 saya memang selalu selsema , saya cirit birit hanya sekali sahaja tak kerap , saya ada batik , tapi bukan batuk kering , batuk berkahak . demam takde semua , kecuali pening sama aada saya tidur lewat ataupun simpton . saya cuma keluar membeli barang rumah di kawasan yang herdekatan sahaja , cuma pneduduk sini agak degil kerana tidak mengikut arahan pkp .
5 tahun
Hi
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda berkenaan simptom selsema dan pening. Indonesia dan Vietnam tidak termasuk dalam negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Masalah sinus
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































