
Sulit
3 tahun
Single itchy tiny pimple spot
hi saya lelaki 26 tahun. Ada bebarapa benjolan kecik macam jerawat muncul di bahagian lengan, ketiak, dada dan belakang badan. Agak terasa gatal di sentuh . Masih muncul sampai sekarang, dalam 2 ke 3 hari mesti akan muncul di antara 4 bahagian yg saya sebut. Bila jerawat dah reda dia tukar color menjadi gelap. adakah di sebabkan saya still on fungal mendication? saya ada fungal infection di bahagian ketiak tapi dalam proses pulih. Or di sebabkan pepijat (Bed Bug)? And i do use sulfur soap daily kimda working. Mohon pencerahan terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Merujuk kepada pertanyaan anda diatas, anda ingin mengetahui tentang penyebab gejala kulit yang anda alami khususnya yang berlaku di bahagian ketiak, lengan, dada dan belakang badan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya jerawat yang beransur pulih akan menjadi sedikit hitam oleh kerana sel-sel kulit yang cedera dan mati akibat inflamasi itu akan digantikan dengan sel-sel baru yang mengandungi kadar pigmentasi melanin yang tinggi sehingga mengakibatkan fenomena post-inflamatorry hyperpigmentation.
Untuk pengetahuan anda juga jangkitan fungus lazimny memberikan gejala seperti
- Iritasi kulit yang berbentuk bulat semakin aktif di hujung (coin-like lesion)
- Kulit bersisik dan gatal
- Bengkak dan lepuh.
Jangkitan bed bug (pepijat) boleh mengakibatkan gejala seperti:
- Sensasi sakit yang membakar
- Benjolan merah yang gatal
- Iritasi kulit bercorak zigzag atau garis
Sekiranya tidak di atasi dengan baik, kedua-dua gangguan ini boleh mengakibatkan perkara yang lebih serius seperti:
- iritasi yang kronik dan semakin parah
- trauma kulit akibat kesan garu yang berterusan
- berjangkit kepada orang lain
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.