
Anonymous
5 tahun
Siplis boleh cenderung ke arah hiv tak
Saya lelaki umr 20 an… Pernah berasa pedih ketika buang air kecil… Tapi takda nanah atau air yg warna pelik… Pedih dalam masa seminggu… Selepas itu hilang… Adakah itu siplis

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang di saluran air kencing.
- Jangkitan saluran air kencing
- Iritasi daripada bahan pencuci atau material kain
Terdapat pelbagai jenis organisma yang boleh menyebabkan penyakit kelamin termasuklah siflis, gonorrhea, vaginosis dan lain-lain. Pihak doktor akan menjalankan ujian sampel nanah atau sekitar kulit untuk memastikan diagnosis tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.