
Sulit
4 tahun
Skezofrenia paranoid
Saya sering berhalusinasi nk pukul org saya fikir kuat saya boleh pukul dia sakiti dia… kebanyakkan bila org tu ada buat sesuatu yg saya x suka… macam sy dendami org tu… mula la berhalusinasi dgn plot2 tertentu untuk menghabisi org itu… adakah saya menghidap pnyakit skizofrenia paranoid… sekarng smua tu hanyalah ilusi dalam kepala saya saja… xpernah buat tindakan2 tu… tolong bantu saya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, untuk membuat suatu diagnosis termasuk skizofrenia, konsultasi lanjut dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Berdasarkan gejala-gejala anda, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa pakar psikiatri di hospital swasta tau kerajaan. Mereka lebih arif dalam soal ini. Bukan semestinya masalah seperti ini sentiasa berkaitan dengan kesihatan mental kerana ia boleh juga disebabkan oleh masalah seperti ketumbuhan otak.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Anda diminta untuk mengawal emosi anda kerana hal ini tidak baik untuk berdendam dengan orang yang menyakiti anda
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Mereka akan merujuk anda ke doktor pakar sepatutnya berdasarkan permasalahan sebenar anda jika perlu.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.