
Sulit
4 tahun
Sleeping Heart Rate vs Resting Heart Rate vs Active Heart Rate
Saya nak tanya berkenaan sleeping heart rate dan resting heart rate.
Selepas mengenakan jam kesihatan yang boleh mengesan kadar degupan jantung ketika rehat dan tidur, saya dapati kadar degupan paling rendah pernah dicatat adalah 45 per minit. Namun jika dikira purata degupan sepanjang tidur masih sekitar 50-65 seminit. Manakala purata ketika berehat sekitar 60-80. Kadar normal pula sekitar 70-90. Concern saya, adakah normal jika 45 degupan seminit ketika tidur itu. Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, kadar denyutan jantung berbeza antara individu. Semasa anda sedang berehat, kadar denyutan nadi adalah lebih rendah manakala kadar denyutan nadi meningkat semasa anda sedang mengambil bahagian dalam aktiviti bersukan. Ketika sedang bersukan, badan akan mengepam lebih banyak darah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan termasuk otak. Berikut adalah kadar denyutan nadi normal setiap minit bagi individu yang berbeza:
Bayi sampai usia 1 tahun: 100-160 kali setiap minit
Kanak-kanak berusia 1-10 tahun: 70-120 kali setiap minit
Kanak-kanak berusia 11-17 tahun: 60-100 kali setiap minit
Golongan dewasa: 60-100 kali setiap minit
Ahli atlet: 40-60 kali setiap minit
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang gejala lain yang mengganggu seperti jantung berdebar-debar, sakit dada, kesukaran bernafas dan rasa hendak pitam.
Sila klik link di bawah untuk berhubung dengan pihak kami secara PERCUMA bagi mendapatkan nasihat perihal kesihatan jantung. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi