
wansyura84
5 tahun
Sleeps bersalin sizer boleh ke nak cabut gigi
Saya baru leps bersalin dalam 4 hari saya bersalin secare operation…boleh ke saya cabut gigi dlm masa saya pantang dan baru lepas bersalin sizer ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, prosedur mencabut gigi memerlukan anda diberikan ubat tahan sakit dan berisiko perdarahan dan sebagainya. Malah, hal ini adalah tergantung juga kepada kondisi lain anda setelah bersalin seperti menyusu badan. Justeru, sebaiknya membincangkan tentang status pantang dan menyusukan bayi dengan doktor gigi sebelum mencabut gigi agar dapat diberikan perawatan yang sesuai dengan situasi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.