
thivashini359
2 tahun
Slip dics sakit tulang belakang
Salam…docter…saya thiva…frm kedah.
I nk ingin kongsi masalah mama i…dia pesakit sakit tulang belakang sejak lima tahun…tapi dia sering sakit pada betis kaki…n tapak…dgn pinggang…kalau sakit dia makan ubat celecoxib 200mg n omelon…tapi after kami refer dkt docter dia kata memang tulang ke tepi so no need any operate rite nw…tapi i beli calcium…n ostometrik dari amways
perlu ke dia nak oprete

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh encik. Oleh sebab ibu anda telahpun dikatakan sebagai pesakit slip disc sejak 5, tahun kemungkinan besar yang boleh menyumbang kepada sakit di bahagian tangan dan betis adalah beberapa punca seperti berikut:
- kompresi oleh slipped disc
- vertebral collapse
- osteoporosis ( bergantung pada umur )
dan sebagainya.
Adalah amat digalakkan untuk pesakit yand berumur 60 tahun dan melebihinya untuk mengambil suplemen kalsium . Tambahan pula, keadaan tulang akan bertambah baik juga.
Untuk memberikan nasihat bahawa ibu anda memerlukan surgeri ataupun tidak , kami tidak layak untuk memberikannya sebab hal ini hanya boleh dibuat jikalau pemeriksaan fizikal dan investigation dilakukan oleh pihak kami.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih