Sulit
6 tahun
Slip disc sakit bahagian belakang more than a month
Saya wanita berumur 30an.saya mengalami kebas di bahagian punggung dan kaki.Kaki sya dan bahagian punggung kebas dari 13hb.telah berjumpa dengan doc pd 14hb.dic memberi ubat dan cakap ia akan berancur pulih. Tapi saya masih tidak dapat berjalan tanpa memegang sesuatu dan sy tidak dapat rasa bila sy kencing dan berak… Ia keluar sendiri tanpa pengetahuan sya. Appoitment untuk jumpa pakar orthopedic adalah 2/2/2020.adakah sy perlu tunggu atau pegi hospital sekali lagi?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh untuk pergi ke mana-mana pusat rawatan seperti bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Anda tidak semestinya perlu untuk menunggu appointment ataupun temu janji jika keadaan bertambah teruk.
Antara simptom kecemasan yang peru dititikberatkan berkenaan dengan slipped disc adalah sepertu berikut:
- Demam
- Tidak boleh mengawal kening atau berak
- Sakit bertambah
- Tidak boleh berjalan
- Terasa kebas pada bahagian dubur
- Berpeluh malam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































