Sulit
5 tahun
Slip disc scoliosis sakit Perut
Sy wanita,25 tahun, slip disc l4,l5,s1.scoliosis. skrg kerap sgt skt blkg, skt pgg, kebas yg teruk. Sukar utk bernafas. Lenguh dari pinggang ke kaki. Rasa mencucuk di bahagian peha hingga kaki. Dan skrg sy mngalami skt perut hmpir sebulan makan dan akan sakit perut. Apa cdgn ubat yg boleh sy ambil. Terimakasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk merawat masalah sakit perut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























