
Sulit
5 tahun
Soalan berkenaan covid-19
Hi doktor. Saya ada soalan berkaitan Covid-19. Bagaimana saringan dilakukan di klinik kesihatan, dan ujian apa yg akan dilakukan utk mengenalpasti seseorang itu positif Covid-19?

5 tahun
Salam sejahtera
Kami memahami akan persoalan anda berkenaan denga ujian saringan. Sebelum itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Bagi menjalankan ujian ini, darah pesakit akan diambil dan genetik virus dalam badan akan diperiksa melalui kaedah Polymerase Chain Reaction.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini