
Sulit
5 tahun
Soalan berkenaan pundi kencing
Selepas saya membuang air kecil ada keluar lendiran bewarna putih pekat yg saya perasan terjadi dalam 2 kali minggu lepas dan hari ini saya nak tanya apa sebab lendiran itu keluar? Sebelom terjadi benda ini saya kerap membuang air kecil yang saya tk boleh tahan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang pasangan anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Jangkitan kelamin boleh disebabkan kuman biasa (seperti kuman dalam usus) ataupun kuman dari penyakit seperti klamidia/gonorrhoea yang biasanya didapati kerana bertukar-tukar pasangan. Anda juga berisiko untuk dijangkiti dan dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor kerana anda juga telah mengalami gejala keputihan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.