
nuraihan
4 tahun
Soalan mengenai demam batuk melebihi 4 ari disusuli sakit tekak dan selsema
Saya wanita berusia 41 tahun. Ada mempunyai sakit darah tinggi.Dah 4 ari demam dan batuk.Telah ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.Walaubagaimanapun, suhu badan tidak panas.Tapi kadang-kadang saya mengalami gejala bisa-bisa badan dan sakit sendi. Semalam baru mengalami gejala selsema dan sakit tekak. Perlukah saya menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Antara penyebab umum yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.