
Sulit
4 tahun
Soalan tentang denyutan nadi
Saya lelaki 30An ingin bertanya tentang denyutan nadi saya adalah 60-100 , adakah tandanya jantung saya normal ataupun ada masalah. mohon penjelasan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, denyutan nadi untuk seseorang yang normal atau pada waktu rehat adalah di antara 60 hingga 100 denyutan seminit. Namun begitu, nadi yang normal bukan bermaksud seseorang tersebut tidak mempunyai masalah jantung atau kesihatan lain.
Perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada anda mempunyai masalah kesihatan berdasarkan gejala-gejala yang dialami oleh anda semasa berjumpa dengan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!