
Sulit
4 tahun
Soalan tentang Sinus dan Telinga
Saya lelaki berumur 20An , saya mempunyai resdung . adakah ianya mampu membuat seseorang penghidap resdung itu mengalami telinga berdesing? Mohon Pencerahan Doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jangkitan resdung seperti sinusitis ataupun selsema boleh menyebabkan gejala tinnitus iaitu telinga berdesing. Terdapat juga perkara-perkara yang boleh menyebabkan tinnitus seperti:
- masalah saluran darah
- saluran Eustachian tidak berfungsi
- tahi telinga keras ataupun tersumbat
- jangkitan pada telinga
- kecederaan kepala
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti antibiotik
- tekanan darah tinggi
- strok
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.