
Sulit
4 tahun
Soalan tentang tumbesaran
Saya lelaki brumur 16 tahun dan ambil accutane, saya nk tanya accutane ni boleh memberhentikan tumbesaran atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang accutane.
Untuk makluman anda, accutane atau isotretinoin tidak mempengaruhi proses tumbesaran seseorang. Ubat ini adalah ubat terkawal dan memerlukan preskripsi doktor.
Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Cirit birit
- Kebas otot
- Tekanan
Saya menasihatkan anda untuk bertanyakan sebarang masalah atau kesan sampingan berkaitan ubat kepada doktor yang merawat anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.