
Sulit
5 tahun
Sore throat for quite some time, cough mostly dry, diarrhoea and runny nose
Hidung belah kanan luka? Saya x pasti what really happened tp hidung belah kanan rasa keras sbb gumpalan kotoran dalam hidung mengeras bersama darah. Pastu saya sore throat. I actually came back from kl flight to miri on 24th feb duduk sebelah a family yg pegang passport thailand.
Curently sore throat, coughing, mostly dry cough with a bit of phlegm, diarrhoea almost everyday and just got runny nose in the last two days. Dont have fever but did feel very heaty. When coughing mmg sometimes short of breath tp yg musykilnya, one day ada batuk the next day takda then the next day ada. Kenapa begitu? Do you think i should take a test?

5 tahun
Salam sejahtera, kami memahami kebimbangan anda tentang tentang simptom sakit tekak, batuk dan ciri birit. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit. Disebabkan wabak COVID-19 kian menular kini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko rendah: Anda perlu untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana: Anda perlu pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pengesahan lanjut
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasilit kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan pada paru-paru
- Keradangan tonsil
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini