
Sulit
5 tahun
Speech delay or autisme?
hi doctor, sy nak tanya anak kedua sy yg berumur 1y6m baru lepas buat pemeriksaan di klinik kesihatan…dan di situ mereka detect anak sy lambat bercakap…sbb pd usia die akang ni hanya pandai sebut ‘mama’ ‘abah’ shj…dan ini merisaukan sy jika anak sy adalah seorg autisme.untuk ujian lain yg di tanya anak sy x ada ciri2 autisme tu, sebab die boleh bergaul dgn kanak2 lain n abang die dgn baik, main sama2, berkejar2, acah2 abg die…dan die juga ade eye contact apabila sy bercakap ngn die atau sy panggil nama die n akn dtg juga pd sy…utk pengetahuan doctor semasa melahirkan die ade komplikasi.die lemas dan berada dlm NICU selama 52hari kerana kritikal.adakah terlalu awal utk anak sy di ‘diagnose’ sbg autisme?? ini amatlah merisaukan sy…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiassannya autisme didiagnos pada usia 3 tahun. Buat masa ini terlalu awal untuk mengatakan anak anda memiliki autisme.
Walaubagaimanapun, sekiranya anak anda bercakap kurang daripada 20 patah perkataan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pakar bagi mengesahkan masalah kelewatan bertutur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.