
Sulit
4 tahun
Sporo pada manusia, pakai krim herba, dan makan atibiotik biasa
Saya terkena jangkitan sporo hampir 1 bulan. Saya belum prgi ke klinik untuk ambil ubat sporo . Booeh kah klau saya beli intraconazole ( sporanox ( di farmasi & perlukah saya makan ubat hati?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jangkitan Sporo atau Sporotrichosis merupakan sejenis jangkitan kulat Sporothrix skenchii yang dikatakan boleh merebak melalui haiwan peliharaan apabila dicakar atau digigit. Ubat Itraconazole merupakan sejenis ubat antifungal yang utama bagi merawat jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, kami lebih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai jangkitan ini bagi mengenalpasti dengan teliti serta mendapat cadangan ubat yang terbaik bagi situasi anda. Sila pastikan anda mempunyai preskripsi yang sah dari doktor anda sekiranya ubat Itraconazole merupakan ubat yang terbaik tanpa kesan sampingan atau alahan yang diketahui lebih lanjut oleh pakar perubatan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.